ARKIB : 20/01/2000
RASHID Sidek berjaya melepasi
pusingan pertama selepas diberi tentangan hebat pemain Thailand, Boonsak
Polsana pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan di Pusat Sukan Bandaraya
Taipei, semalam.
Dia yang baru ditabalkan naib
juara terbuka Korea dikejutkan lawannya dengan 7-15 pada set pertama sebelum
menutup cabaran dengan 15-11 dan 15-11 pada set berikutnya.
Seorang lagi pemain negara,
Ismail Saman juga disaingi hebat oleh pemain England, Mark Constable sebelum
mengesahkan kemenangan 12-15, 15-5 dan 15-5.
Dalam pada itu, kesemua tiga
beregu lelaki negara meneruskan kemaraan ke pusingan kedua dengan diketuai
pasangan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock.
Soon Kit-Kim Hock bagaimanapun
terpaksa bergelut untuk mencipta kemenangan ke atas pasangan Thailand, Shuket
Parapakhanol dan Phatapol Ngernsrisuk dengan 4-15, 15-3 dan 17-14.
Gandingan Chan Choong Meng dan
Jeremy Gan pula menundukkan pasangan tuan rumah, Wei Chun Yee/Chiau Chun Woon
dengan 15-6 dan 15-9 manakala Rosman Razak dan Chew Choon Eng mengalahkan
beregu Hong Kong, Chee Kong Ma dan Woon Yoon Yaw dengan 7-15, 15-5 dan 15-4
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4SsSdodRu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan